-The Missing Puzzle-
aku pemilik blog ni; HADI ANWAR. blog ini adalah tempat untuk aku menceritakan ape yang terbuku di hati sanubari dan otak. ia juga untuk tempat menyatakan pendapat dan idea yg dok membuku dalam otak. so, nak buang sikit semak memori bagi meringankan stress cpu otak aku.
Monday, March 23, 2015
Hukuman gantung sampai mati
Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh & sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Harap² dijauhkan, amin…
Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar & juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara² yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil & terus pasang. Ada empat jenis tali & tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari & kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin solat, tak kira agama, menunggu dengan tenang & sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat² terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada sesetengah banduan puas hati & beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata² terakhir seorang banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih & seluar solatnya. Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang pakai kasut kulit berharga RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu dengan jenaka,’ cerita Samsul.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah & doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira² 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh ketua saya dahulu,’ kata Samsul.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samsul. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai² murni kepada anak² mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala²nya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Kongsilah sbb ini penting untuk mendidik anak² kita ..
Tuesday, January 13, 2015
After some time...
Asslamualaikum wbt.
Setelah sekian lama senyap, tetiba tergerak nak tengok blog ni balik. Alhamdulillah dy dah nikah 26 Disember lepas. Lega rasanya, Sebab dah x perlu risau pasal awek, tunang, makwe @ ape pun panggilannya. Lagi pun senang hati dengan si dia yang pandai jaga makan pakai. Nak pergi kerja, cari duit lebih pun xde masalah. Perasan gak dgn muka sendiri yang selalu senyum & mudah tersenyum. Otak xde rasa nak pecah migrain fikir benda dengan rencam dan bukan2.
syukur...
Alhamdulillah syukur sangat. 7 tahun tunggu(putus dan sambung balik. hahaha), then bila dah nikah rasa sangat2 bersyukur dengan nikmatnya, melatih diri supaya lebih bertanggungjawab dan matang. Dulu saya selalu sunyi dirumah tiada siapa nak berbual, harapkan 2 ekor kucing benggal jadi peneman dikala suka duka. Kesian kat kucing tu jd pendengar tanpa boleh membalas apa yang sy cakap. Sekarang lebih terisi masa, macam dah x cukup 24jam untuk kami. Masa solat bersama, makan sepinggan bersama(cadangnya lps ni nak tukar pinggan besar sikit. XD), shopping barang dapur bersama, berdating(kat rumah pun boleh), dan banyak lg benda yg bleh enjoy berdua. Cuma aktiviti lasak je si dia x larat nak join. x cukup stamina katanya(sy suka berbasikal, hiking & seorang gym rat ;))
masalah...
Memang benar kata orang dulu2. "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri", agak banyak benda yang terjadi antara kami dalam usia 3 minggu perkahwinan... Tetapi berkat sabar dan ilmu serta pesan ibu bapa dan sahabat handai, alhamdulillah setakat ini masalah diatasi dengan baik dan tenang. Alhamdulillah!
sihat dan sakit...
Manusia tidak sempurna dan sihat sentiasa, kerana sempurna itu hanya milikNYA. Pada masa si dia kurang sihat, orang yang paling risau, MR HUSBAND. Sampai kat ofis pun xleh fokus. benda yang simple pun jadi sangat leceh. otak dah ke tempat lain.
tanggungjawab...
Bukannya mudah menjadi suami. Nafkah zahir, nafkah batin, belanja dapur, batas aurat isteri, dosa isteri, semua jadi tanggungjawab suami. Terasa berat. masa duduk seorang diri kadang2 berlinang air mata mengenangkan semuanya. bayangkanlah jika isteri seorang yang suka buat ketupat(kaki mengumpat) di tempat kerja... setiap hari pula... berapa banyak yang en suami tanggung diakhirat nanti. alhamdulillah, setakat yang saya kenal dia bukanlah seorang kaki mengumpat. Jika isteri pakai pakaian yang membalut aurat pun dapat saham dosa juga. kalau buka aurat lagi la tinggi sahamnya. na'uzubillah... semoga isteri saya dijauhkan dari melakukan semua itu.
pengalaman
3 minggu memegang title Mr. Husband, banyak benda dilalui. kadang2 sampai rasa takut nak hadapi semua tu. Tapi, sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, sy berdoa, berusaha dan bertawakkal kepadanya agar perkahwinan ini bahagia hingga ke Jannah.
nota tapak kaki; hmm. ade cadangan honeymoon x? x berkesempatan nak fikir.
Labels:
isteri,
kahwin,
life,
married life,
suami,
working life
Wednesday, April 16, 2014
When my heart speaks up.
cantiknya kulit awak, cerah dan tiada cela...
ratanya perut awak, sexy dan tiada stretchmark...
gebunye dada awak, montok dan tidak jatuh...
cantiknya figure awak, ade cutting tuuuu....
cantiknya rambut awak, kemas dan tidak berserabut...
ingatlah wahai wanita... itu semuanya sementara. dah tua nanti semuanya bkedut dan mengelebeh.
xde sape nak pandang. time tu mungkin fikir kulit boleh di sterika supaya tegang semula
tapi sedar x? sebelum kawen ayah akan tanggung dosa jika dia x tegur. mmg la awak tu hot. tayang sana, tayang sini... tp x kesian ke kat bakal suami awak akan datang? semua orang dah tau kat mana tahi lalat awak... kat mana ada bulu... kat mana yang gebu...
wahai wanita diluar sana... aku seorang lelaki. aku pernah hidup dalam hidup yang teruk dan berdosa. xpuas aku melihat dunia. terlalu banyak dugaannya... telalu banyak. Banyak perkara yang disedari...
Muhasabah diri. Ingat dari mana kita datang dan bertaubat kepada yang Esa.
Thursday, March 13, 2014
MH370
orang duk kalut cite pasal kapal terbang hilang. aku pun pelik sbb selama aku hidup xde plak kejdaian sepelik ni. kehilangan yang menjadi tanda tanya. punya canggih sistem sonar dan radar x mampu kesan kapal terbang mcm tu punya besar.

gambar ni mmg agak mengganggu perasaan keluarga pilot berkenaan. maaf.

ni gambar culprit yang ada kat atas flight tersebut. mcm mana dah lepas dan hilang baru dapat detect? peliknye?

Ade plak sakai yang nak bg tahu berita pasal benda ni. Patutnya authorities! Alahai. Gila populariti.
Media barat saje nak alihkan tumpuan? mcm pelik je?

Spotted. selat melaka. then lost. again. haih.
gambar ni mmg agak mengganggu perasaan keluarga pilot berkenaan. maaf.
ni gambar culprit yang ada kat atas flight tersebut. mcm mana dah lepas dan hilang baru dapat detect? peliknye?
Ade plak sakai yang nak bg tahu berita pasal benda ni. Patutnya authorities! Alahai. Gila populariti.
Media barat saje nak alihkan tumpuan? mcm pelik je?
Spotted. selat melaka. then lost. again. haih.
Wednesday, January 2, 2013
Selamat Tahun baru 2013
Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013.
Hari ni dah pun 2 Januari 2013. Semasa kita tengah sedap melepek kat rumah dan kepada sesiapa yang pulang ke kampung ada sahaja benda yang akan cuba merosakkan mood... Semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka semalam, saya dihidangkan dengan pemandangan yang cukup........menyedihkan... kita akan lihat belia-belia yang berkonvoi secara berjemaah. Malangnya, mereka ni tidak faham tentang tentang adab di khalayak ramai. menjerit2, ram enjin motor sebising2nya, menyekat jalanraya dan lain2.... cukup menyakitkan mata dan hati. R&R tu dibina untuk berehat, bukan tempat buat pertunjukan seperti ungka dan monyet.
Beginikah perangai belia yang akan memacu generasi akan datang? Haruskah mereka semua berkelakuan sedemikian? Siapakah yang harus dipersalahkan? Siapa peneraju masa depan negara?
Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ini ialah tahun anjakan paradigma baru buat kita semua. Selamat maju jaya.
Monday, December 31, 2012
Entry foto. XD
Ok, dengan terang dan jelasnya entry ini adalah untuk gambar yang saya ambil dan edit. Dengan segala hormatnya bersila lah. =P
| Talent : Noridah Wahab | Lokasi : Putrajaya |
| Majlis Perkahwinan Sabri | Lokasi : Bdr Sunway |
| Bunga | Lokasi : Putrajaya |
| Sunset | Lokasi : Kota Seriemas |
| Majlis Perkahwinan Saiful & Mizah |
| PICC |
| Amber @ Bukit Bendera |
| Apartment Back View @ Batu Feringgi |
| Anak Patung Jepun |
| Studio @ Pandan |
Nnt saya akan update lg in next entry. ade beriban gambar bole upload. haha. cume xde masa nak pilih.
ok ciao~
Sunday, December 16, 2012
Dunia fotografi saya.
Assalamualaikum.
Ape khabar semua? (mcm la ade audience kan?) haha.
Ehem... Kali ni saya nak kongsikan dengan pembaca tentang Nikon DSLR D3200.
Dulu, saya bermula dengan meminjam kamera ibu(digital compact biasa) dan mula snap gambar tanpa henti... melihat kegilaan kepada kamera saya pun mula berjinak2 miow dengan kawan2 yang ade DSLR. Buat pertama kali saya guna model Nikon D40x. tapi malangnya selepas saya beli, ia hilang dalam masa 2 bulan....
dan selepas tu saya pinjam je dengan kawan kolej masa tu guna Canon EOS 1000D best juga kamera tu. tapi x dapat belajar banyak...pun.
Ok. lastly saya akhirnya tetap membeli 1 model Nikon D3200 red edition....
Ape khabar semua? (mcm la ade audience kan?) haha.
Ehem... Kali ni saya nak kongsikan dengan pembaca tentang Nikon DSLR D3200.
Dulu, saya bermula dengan meminjam kamera ibu(digital compact biasa) dan mula snap gambar tanpa henti... melihat kegilaan kepada kamera saya pun mula berjinak2 miow dengan kawan2 yang ade DSLR. Buat pertama kali saya guna model Nikon D40x. tapi malangnya selepas saya beli, ia hilang dalam masa 2 bulan....
ni Nikon D40x 6mp.
ni canon eos 1000D.
dan selepas beberapa lama dan dah kerja, ayah saya hadiahkan dengan kamera SLR kepunyaannya... Yashica FX-D filem 35mm x 24mm. haaaa.... old-school bro!Ok. lastly saya akhirnya tetap membeli 1 model Nikon D3200 red edition....
haaa~ 24.2mp dslr....
skang ni rajin gak g photoshoot landscape n org kawen. nanti kalau ade peluang saya share kat blog ni.... ok.
sampai sini sahaja untuk post kali ni. Peace!
Subscribe to:
Comments (Atom)









