Asslamualaikum wbt.
Setelah sekian lama senyap, tetiba tergerak nak tengok blog ni balik. Alhamdulillah dy dah nikah 26 Disember lepas. Lega rasanya, Sebab dah x perlu risau pasal awek, tunang, makwe @ ape pun panggilannya. Lagi pun senang hati dengan si dia yang pandai jaga makan pakai. Nak pergi kerja, cari duit lebih pun xde masalah. Perasan gak dgn muka sendiri yang selalu senyum & mudah tersenyum. Otak xde rasa nak pecah migrain fikir benda dengan rencam dan bukan2.
syukur...
Alhamdulillah syukur sangat. 7 tahun tunggu(putus dan sambung balik. hahaha), then bila dah nikah rasa sangat2 bersyukur dengan nikmatnya, melatih diri supaya lebih bertanggungjawab dan matang. Dulu saya selalu sunyi dirumah tiada siapa nak berbual, harapkan 2 ekor kucing benggal jadi peneman dikala suka duka. Kesian kat kucing tu jd pendengar tanpa boleh membalas apa yang sy cakap. Sekarang lebih terisi masa, macam dah x cukup 24jam untuk kami. Masa solat bersama, makan sepinggan bersama(cadangnya lps ni nak tukar pinggan besar sikit. XD), shopping barang dapur bersama, berdating(kat rumah pun boleh), dan banyak lg benda yg bleh enjoy berdua. Cuma aktiviti lasak je si dia x larat nak join. x cukup stamina katanya(sy suka berbasikal, hiking & seorang gym rat ;))
masalah...
Memang benar kata orang dulu2. "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri", agak banyak benda yang terjadi antara kami dalam usia 3 minggu perkahwinan... Tetapi berkat sabar dan ilmu serta pesan ibu bapa dan sahabat handai, alhamdulillah setakat ini masalah diatasi dengan baik dan tenang. Alhamdulillah!
sihat dan sakit...
Manusia tidak sempurna dan sihat sentiasa, kerana sempurna itu hanya milikNYA. Pada masa si dia kurang sihat, orang yang paling risau, MR HUSBAND. Sampai kat ofis pun xleh fokus. benda yang simple pun jadi sangat leceh. otak dah ke tempat lain.
tanggungjawab...
Bukannya mudah menjadi suami. Nafkah zahir, nafkah batin, belanja dapur, batas aurat isteri, dosa isteri, semua jadi tanggungjawab suami. Terasa berat. masa duduk seorang diri kadang2 berlinang air mata mengenangkan semuanya. bayangkanlah jika isteri seorang yang suka buat ketupat(kaki mengumpat) di tempat kerja... setiap hari pula... berapa banyak yang en suami tanggung diakhirat nanti. alhamdulillah, setakat yang saya kenal dia bukanlah seorang kaki mengumpat. Jika isteri pakai pakaian yang membalut aurat pun dapat saham dosa juga. kalau buka aurat lagi la tinggi sahamnya. na'uzubillah... semoga isteri saya dijauhkan dari melakukan semua itu.
pengalaman
3 minggu memegang title Mr. Husband, banyak benda dilalui. kadang2 sampai rasa takut nak hadapi semua tu. Tapi, sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, sy berdoa, berusaha dan bertawakkal kepadanya agar perkahwinan ini bahagia hingga ke Jannah.
nota tapak kaki; hmm. ade cadangan honeymoon x? x berkesempatan nak fikir.