Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013.
Hari ni dah pun 2 Januari 2013. Semasa kita tengah sedap melepek kat rumah dan kepada sesiapa yang pulang ke kampung ada sahaja benda yang akan cuba merosakkan mood... Semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka semalam, saya dihidangkan dengan pemandangan yang cukup........menyedihkan... kita akan lihat belia-belia yang berkonvoi secara berjemaah. Malangnya, mereka ni tidak faham tentang tentang adab di khalayak ramai. menjerit2, ram enjin motor sebising2nya, menyekat jalanraya dan lain2.... cukup menyakitkan mata dan hati. R&R tu dibina untuk berehat, bukan tempat buat pertunjukan seperti ungka dan monyet.
Beginikah perangai belia yang akan memacu generasi akan datang? Haruskah mereka semua berkelakuan sedemikian? Siapakah yang harus dipersalahkan? Siapa peneraju masa depan negara?
Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ini ialah tahun anjakan paradigma baru buat kita semua. Selamat maju jaya.

